Wednesday, October 10, 2007

Industrialisasi di China

Artikel Asal
Saturday, September 22, 2007
Industriaization in China

Industrialization and urbanizationChina needs to improve its urbanization towards it path to industrialization. Only 51.3% of the 1.3 billion Chinese population were urbanized as of the end of 2006, compared with an average 70% for developed countries. Even though there is a additional of 1-1.5% or 12-18 million people migrated from rural to urban per year.The lower urbanization rate and a large rural population created unbalance of in farmers’ living standards and wealth. Farmers have to face increased farming cost such as price of land (the per capita less than 1 mu (0.06 hectare) farming land), and the declining grain prices. Furthermore, due to the fact that rural and urban economies are mutually-separated, farmers are not able to increase their income neither can they benefits from China’s rapid economic growth.The Chinese government came out with several policies and programs solve these problems. According to the China's Ecological Modernization Report 2007 , the next two decades (2020~2030) will be an extremely crucial period for China's modernization as China will progressively complete industrialization and urbanization.
Copyright © 2001-2007 by Starmass International


Ulasan tentang artikel

Artikel di atas membincangkan tentang masalah urbanisasi yang di hadapi oleh rakyat China dan secara tidak langsung memberi kesan terhadap industrilisasi. Hanya 53.6 peratus daripada populasi penduduknya mengalami proses urbanisasi, walaupun terdapat 12-18 juta penduduk luar bandar berhijrah ke kawasan bandar.

Mengikut salah satu teori McGee, bandar seharusnya dianggap sebagai pendorong ekonomi kerana terdapat banyak peluang pekerjaan, dan seterusnya berlakunya proses urbanisasi. Proses urbanisasi penting bagimembantu proses pembandaran dan industilisasi di negara China. Malangnya, apa yang dialami di negara China adalah sebaliknya, iaitu kadar proses urbanisasi rendah dan populasi penduduk di kawasan luar bandar adalah tinggi. Ini menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan terhadap kehidupan dan pendapatan petani.
Kerajaan negara China telah mengeluarkan beberapa polisi dan program untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mengikut China's Ecological Modernization Report, selepas 2 dekadChina akan mengalami permodenan bagi membolehkan proses urbanisasi dan industrilisasi, dan seterusnya pembandaran berlaku di negeri China. Kesannya, ekonomi di negara tersebut bertambah pulih yang akan dinikmati oleh rakyat negara China.

Posted by Radhia Haafiza Che Razali (A115023) at 10:53 AM 0 comments Links to this post
Saturday, September 22, 2007
Artikel asal

Kerajaan peka tingkatkan kualiti hidup rakyat

DI BAWAH Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), sejumlah RM5.45 bilion telah diluluskan bagi perbelanjaan pembangunan di negeri Perak iaitu RM4.85 bilion daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan dan RM0.60 bilion daripada peruntukan Kerajaan Negeri.Sebahagian besar daripada peruntukan pembangunan Persekutuan adalah untuk sektor sosial iaitu RM2,287.2 juta atau 47.2 peratus, ekonomi RM2,051.5 juta atau 42.3 peratus manakala bakinya adalah untuk sektor keselamatan RM436 juta atau 9 peratus dan pentadbiran am RM74.3 juta atau 1.5 peratus.Bagi peruntukan pembangunan negeri, sejumlah RM607.4 juta diperuntukkan di bawah RMK-8. Sektor sosial termasuk luar bandar mendapat peruntukan tertinggi iaitu RM296.4 juta, ekonomi RM156 juta dan infrastruktur RM155 juta.Di sektor sosial pula, iaitu luar bandar dan keagamaan (termasuk Jabatan Kehakiman dan Syariah) diberi peruntukan yang tinggi iaitu masing-masing RM135 juta dan RM128.7 juta.Di bawah RMK-8, pelbagai projek besar akan terus dilaksanakan meliputi projek sambungan dan projek baru yang menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri. Ia meliputi projek infrastruktur, pendidikan dan kesihatan.Antara projek tersebut ialah pembinaan Jalan Kuala Kangsar-Gerik membabitkan kos RM443 juta, pembinaan Lebuh Raya Timur-Barat fasa1V (Titi Karangan-Gerik) RM362 juta, Penjara Baru Tapah RM195 juta, Kolej Matrikulasi Perak RM72 juta dan jalan laluan 1 ke kawasan industri Proton City RM185 juta.Pembangunan sosialPembangunan membabitkan proses perubahan yang lazimnya pesat.Terdapat golongan tertentu dalam masyarakat yang kurang berupaya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Golongan ini merupakan kumpulan yang mudah tercicir atau marginalized dalam proses pembangunan.Golongan tersebut termasuk masyarakat di luar bandar, golongan muda, daif, ibu tunggal, anak yatim, anak terbuang, golongan miskin dan orang Asli.Program pembangunan sosial bertujuan untuk memastikan golongan yang mudah terdedah kepada gejala sosial ini tidak tersisih daripada arus perdana pembangunan negeri.Oleh itu, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan fizikal dan pembangunan manusia merangkumi minda, sikap, perlakuan, nilai, moral dan budaya.UrbanisasiPenduduk di luar bandar di negeri ini semakin mengecil jika diukur dari segi mutlak dan relatif. Jumlah mereka berkurangan daripada 1,160,301 orang pada tahun 1980 kepada 870,658 orang pada tahun 1991. Bilangan tersebut terus berkurangan kepada 822,394 orang pada tahun 2000.Daripada keseluruhan jumlah penduduk, penduduk luar bandar berkurangan daripada 66.5 peratus pada tahun 1980 kepada 46.4 peratus pada tahun 1991. Kadar ini semakin menurun kepada 40.5 peratus pada tahun 2000.Proses urbanisasi menyebabkan pembesaran kawasan pihak berkuasa tempatan yang kadarnya lebih pesat daripada pertumbuhan penduduk di bandar. Pada tahun 1991, jumlah penduduk di kawasan PBT ialah 1,333,301 orang berbanding 1,648,130 orang pada tahun 2000.Perkembangan ini dianggap positif kerana peratusan penduduk menerima kemudahan asas moden adalah lebih tinggi daripada kadar urbanisasi.KemiskinanKemiskinan didefinasikan sebagai pendapatan keluarga di antara RM255-RM510 dengan purata saiz isi rumah 4.6 orang di Semenanjung Malaysia seperti ditakrifkan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8). Kadar kemiskinan di Perak pada tahun 2000 ialah sebanyak 9.5 peratus yang membabitkan 44,500 keluarga.Keluarga termiskin ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM250 sebulan. Pada tahun 2000, jumlah keluarga termiskin di Perak ialah 2,349 orang.Daripada jumlah itu, 158 orang daripada daerah Batang Padang, 90 Manjung, 160 Perak Tengah, 54 Kinta, 359 daerah Larut, Matang dan Selama, 187 Kuala Kangsar, 193 Hilir Perak, 509 Hulu Perak dan 639 Kerian.Kerajaan memberi keutamaan yang tinggi kepada usaha pembasmian kemiskinan melalui pelbagai program melalui bantuan sara hidup, peningkatan pendapatan, latihan, pendidikan dan pembangunan manusia (minda, sikap, rohani).Dasar kerajaan untuk membasmi kemiskinan telah mencapai kejayaan yang besar. Kesannya, jumlah keluarga termiskin telah berkurangan daripada 13,771 keluarga pada tahun 1989 kepada 4,789 keluarga pada tahun 1995.Bilangan keluarga termiskin terus menurun pada tahun 2000 iaitu seramai 2,349 orang. Kerajaan Perak mensasarkan kadar termiskin sifar di negeri ini pada tahun 2005.



Ulasan tentang artikel di atas


Artikel di atas mengulaskan tentang usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Perak. Usaha kerajaan ke atas negeri Perak adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8). Peruntukan sebanyak 5.45 billion telah diluluskan bagi perbelanjaan pembangunan negeri Perak yang diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri.
Fokus utama sayabagi artikel di atas yang berkaitan dengan subjek saya adalah tentang pembangunan negeri. Kerajaan negeri menitikberatkan pembangunan negeri terutamanya sektor sosial termasuk luar bandar. Kerajaan menekankan pembangunan luar bandar negeri Perak supaya kawasan luar bandar tidak lagi tercicir. Pelbagai projek besar dilaksanakan yang meliputi projek infrastruktur, kesihatan dan pendidikan.
Kerajaan juga memberi keutamaan tinggi dalam program pembasmian kemiskinan dan memberi penekanan terhadap golongan tertentu dalam masyarakat yang kurang berupaya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini.
Di sini kita dapat lihat kerajaan amat menitikberatkan kebajikan penduduk kawasan luar bandar..
Posted by Radhia Haafiza Che Razali (A115023) at 8:37 AM 0 comments Links to this post